10.2.12

Bicara dalam diam.

Duduk termenung tanpa melakukan apa-apa tapi sebenarnya otak ligat mencari konklusi bagi permasalahan yang melanda diri. Berfikir setiap masa sehinggalah terbawa-bawa dalam mimpi. Tersedar daripada mimpi, masih lagi duduk termenung dan berfikir sehinggalah akal bertindak waras mengatakan untuk bertindak dengan segera.

Hati pula menambah lalu berkata segalanya tiada jalan penyelesaian tanpa bertindak. Maka, tangan dan kaki lekas bertindak. Bertindak untuk mencari penyelesaian namun masih belum membuahkan hasilnya. Sekali lagi, otak berfikir dan kali ini otak semakin serabut dengan permasalahan yang tiada kesudahannya.

Mata tidak mampu lagi menahan sakitnya lalu mengalirkan air sekadar melepaskan kepedihan yang disimpannya. Lalu, sekali lagi akal memainkan peranan. Akal mengatakan tiadanya gunanya sekiranya kau bertindak tanpa agama. Kata akal lagi, agama yang kau pegang itu cukup indah, kenapa kau lari jauh daripadanya?

Serta merta, kepedihan yang dilepaskan mata bertukar menjadi penyesalan terhadap silap masa lalu. Kaki dan tangan ingin bertindak tapi dihalang oleh nafsu. Nafsu kata kau bukan silap besar kenapa nak bertindak? Telinga mendengar lalu mengikutinya. Nafsu berteriak kegembiraan.

Namun hati pula berbisik dalam diam mengingati bahawa kembalilah kepada yang Maha Esa. Tambah hati, nikmat  yang kau capai ini cuma sementara maka kekalkan dengan bersujud kepada penciptamu. Bisikan hati itu belum cukup kuat untuk menghapuskan kata-kata nafsu.

Lalu kehidupan diteruskan berpaksikan kepada kata-kata nafsu. Namun itu cuma sementara apabila persekitaran datang untuk mendidik. Persekitaran berbicara tentang himpunan surat cinta Ilahi. Himpunan surat cinta yang bisa meruntuhkan air mata sekali lagi.

Persekitaran datangnya bukan berseorangan tetapi bersama-sama tangan-tangan yang sudi menghulurkan bantuan.Tangan-tangan itu berkata kami ada bersama-sama kamu untuk menyokong. Katanya lagi berpegang teguhlah kepada dua peninggalan Rasulullah sebelum beliau wafat iaitu Al-Quran dan As-sunnah di mana selagi mana kamu berpegang teguh kepada dua hal ini, kamu tidak akan sesat.

Akal dan hati menyokong kata-kata tangan-tangan itu, nafsu pula seolah-olah sudah putus asa dan mengakuinya. Lalu, kaki dan tangan bergerak untuk membersih kotoran kepada empat anggota wajib wuduk. Disertai dengan solat sunat dua raakat di malam hari tanpa tiada siapa pun mengetahuinya. Maka, mata itu mengalir tanpa henti walaupun hanya menyebut nama Allah.

Usai sahaja perjumpaan itu, otak berusaha untuk mencari konklusi lagi. Ajaibnya kali ini, kaki dan tangan turut disertai dalam pencarian itu. Pencarian akhirnya menghasilkan sesuatu penyelesaian yang tidak terkata oleh lidah walaupun hanya beberapa minit berlalunya perjumpaan itu. Akhirnya, akal dan hati turut tersenyum bahagia lalu mengucapkan kata-kata kebesaran buat Ilahi. Lidah juga turut serta di dalam mengucapkannya.


Alhamdulillah :)

8.2.12

Wordless Wednesday #16 : Classmate.


Macam biasa, gambar memang tak cukup lengkap. Kohort 11 Group 8 (K11G8) selamanya.

7.2.12

Kisah perjalanan ini.


Perjalanan ini terlalu jauh.
Kaki pernah mengadu kepenatan.
Hati pula kerap menjerit kesakitan.
Namun otak kerap menenangkan hati dan kaki itu.
Kata otak, itu cuma sementara.

Perjalanan ini juga penuh cerita.
Gembira dan sedih itu silih ganti.
Namun cerita aku bukan untuk diceritakan.
Cukuplah cuma aku melaluinya dengan langkah ini.

Perjalanan ini pernah membuatkan aku terdampar kehausan cinta.
Namun kehausan cinta itu segera di isi dengan hadirnya Dia.
Aku menangis apabila membaca surat-surat cinta-Nya.
Kata Dia, Dia itu dekat.
Kata Dia lagi, bersabarlah.
Air mata mengalir deras bila menyedari panggilannya yang tidak pernah putus setiap hari.

Perjalanan ini semakin kuat.
Bila menyedari bahawa adanya satu keajaiban.
Keajaiban yang tak pernah putus-putus mengiringi aku.
Keajaiban itu tidak pernah kering di bibir mereka.
Meskipun aku pernah melakukan kesilapan.
Meskipun aku juga pernah mengecewakan mereka.
Kata mereka, aku adalah amanah.
Amanah yang perlu mereka corakkan.

Perjalanan ini tiada sinarnya.
Tanpa menghayati kisah cinta kekasih Dia.
Coretan perjalanan beliau menjadi penguat semangat aku.
Kata-kata juga perbuatan beliau menjadi amalan aku untuk perjalanan ini.
Andainya beliau masih ada.

Perjalanan ini mempunyai pelbagai jenis kedatangan.
Kedatangan yang berbeza-beza caranya juga peninggalanya.
Ada kedatangan yang menceriakan suasana perjalananku.
Namun kedatangnya cumalah sementara.
Ada kedatangan yang menyukarkan perjalananku.
Namun kedatanganya cukup lama sehingga menceriakan pula perjalanan ini.
Ada pula kedatangan yang datangnya silih berganti.
Namun kedatangnya cuma cukup untuk menyempurnakan cerita.
Ada juga kedatangan cukup indah caranya datang.
Indah caranya sehingga ianya kekal bersama dengan aku untuk meneruskan perjalanan.

Dan perjalanan ini diteruskan juga.
Bila sampai masa, perjalanan ini akan terhenti ke destinasinya.
Destinasi menuju kepada Dia dengan berbekalkan satu benda.
Dimana bekalan itu, menentukan pintu mana yang harus aku masuk.

Bait-bait tulisan ini belum cukup bagus tapi ianya benar-benar daripada hati. Setiap baris-baris ini mengandungi maksud tersendiri. Maka dengan itu bacalah dengan hati dan fahamilah dengan otak.

Web Analytics
100% by Laila Mahfol.© Itsutisu All Right Reserved