
20 November 1992. Jam 1:19pagi. Hari Jumaat. Lokasi Hospital Kemaman. Saya selamat dilahirkan secara normal dengan berat sebanyak 4kg. Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang untuk hidup di muka bumi ini. Terima kasih Ummi dan Papa sebab jaga saya sepanjang masa sejak dari dulu.
Kalau diikutkan dalam adik-beradik, saya yang paling banyak menghidap penyakit. Ummi dengan Papa tak pernah mengeluh. Mula-mula, dengan keracunan makanan yang disangka sawan oleh Nurse sempat jugalah Nurse tu bagi ubat sawan sikit. Lepas itu, menghidap penyakit lelahnya. Baik lelah, hidap pula sakit Disleksia sampai darjah 3.
Alhamdulillah. Papa dan Ummi tak putus-putus ikhtiar. Sekarang saya hidup dengan baik sekali. Selamat mencecah usia 19 tahun. Sungguh, saya rasa beruntungnya mempunyai parents yang sangat berusaha keras untuk anak-anaknya. Parents yang sangat tegas dalam didikan agamanya.
Terima Kasih, Ya Allah atas segalanya.
Usia bukan hanya menunjukkan angka sahaja tetapi sepatutnya menunjukkan kematanganmu. Usia juga bukan hanya menunjukkan kedutan di muka tetapi apa yang telah kamu lakukan sebagai sebagai hamba Allah, anak & tanggungjawab yang lain.








2 comments:
May Allah bless u.... :)
@Bulan Syurga Firdaus terimakasih Firdaus
Post a Comment