Buat dia bernama sahabat.
Terima kasih atas setiap apa yang kita lalui bersama.
Meskipun kini kita makin berjauhan kerana atas tuntutan sebagai hamba-Allah.
Awak tetap dihati saya.
Buat dia bernama sahabat.
Orang kata untuk mencari sahabat itu susah.
Kerana itu, saya bersyukur kepada Ilahi sebab persahabatan kita.
Awak setia bersama saya bila saya susah dan senang.
Buat dia bernama sahabat.
Kita makin dewasa dan makin sibuk dengan tanggungjawab kita.
Ini membuatkan kita sering terputus hubungan.
Namun, itu tidak menghalang saya sentiasa mengingati awak.
Cukuplah doa saya mengiringi perjalanan awak.
Buat dia bernama sahabat.
Saya menyayangi awak bukan harta ataupun paras rupa awak.
Saya menyayangi awak kerana hati awak.
Di situlah letaknya kecantikan awak.
Semoga hati itu akan sentiasa menyinar.
Buat dia bernama sahabat, Norhayati Hassan Lim.









6 comments:
Salam Sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~
@Hassan :) Terimakasih Hassan :)
wah! akak aku la!
@just simple about me xpayah nak kakak sgtlah kan.
Post a Comment